-->

Monday 10 June 2013

Assalamualaikum w.b.t 

*Jalan Dakwah*

*New Tab* 

Type http://budak-tomato.blogspot.com . . . Baca post satu per satu


Tersentuh rasa hati, niat ingin berubah kembali. Terima kasih Ya Allah kerana datangkan rasa ini kembali .
*crying* 

*monolog*
Kau ada hati nak masuk syurga . . .
Tapi apa yang kau buat? Apa yang kau dah usahakan? Apa yang kau dah korbankan? Allahu :'(


Kau ada hati nak masuk syurga. . .
Ibadat pun masih kucar-kacir tunggang-langgar haru-biru, solat sepertiga malam pun malas, benda yang sunat pun kau hadkan, patutnya diperbanyakkan ! Ya Allah, kau kuatkanlah hatiku, kau berikanlah aku semangat yang tinggi untuk aku melakukan ibadat dengan sempurna, kau tabahkanlah hatiku untuk terus istiqomah dalam melakukan kebaikan. Aamiin Ya Rabbal Alamin

Kau ada hati nak masuk syurga. . .
Ingat Allah bila sedih, lupa Allah bila kau happy. Mana usaha kita yang ingin masuk ke syurga? *deep*. Bila Allah bagi ujian sikit kau cepat putus asa, kau cepat mengalah sedangkan Allah ada untuk kau mengadu untuk kau meminta pertolongan. Kau lebihkan dunia daripada akhirat sedangkan kau tahu dunia ini hanya sementara akhirat kekal selamanya, itu pun kau masih belum sedar? Bangunlah jangan engkau leka dengan tipu helah dunia,

"Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (An-Nahl: 96)



SAHABAT, jika kau nampak aku jatuh aku amanahkan supaya kau tolong bantu aku untuk bangkit semula dan hadapi segala ujian yang diterima. Bantu aku ya sahabat <3

Kali ini post dari hati,
♥ Syaf   

No comments:

Post a Comment