-->

Thursday 8 September 2016

Welcome to UKM


Zaman-zaman

UPSR
PMR
SPM
MATRIKULASI

semua dah lepas

Now i'm officially a student of Universiti Kebangsaan Malaysia (University National of Malaysia)
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Sarjanamuda Ekonomi


- lepas dah selesai segala jenis pendaftaran -
bertudung putih and baju biru tu sebab dah get ready untuk Minggu Mesra Mahasiswa (MMM)

Masing-masing sedih sebab kena berpisah. Hahaha gaya macam jauh je PERAK-KL. Dulu duduk matrik kat Perlis rilek je cool je. Ni tetiba sebak gila gila menangis tak henti. LOL time seminggu MMM tu memang tak sempat nak rindu siapa-siapa sebab busy sangat. Pack gila dia punya jadual. 
Paling best time MMM is PERANG DECTAR. Serious best ihihihihi boleh tengok kat youtube just search "Perang DECTAR"


Ni gambar acah acah perang DECTAR je tapi belum lagi.


Kasi chance akak selfie sekali dua ahaha

shawl sponsered by Kolej Keris Mas

semua kena pakai kaler oren. Hahahaha bersabarlah tapi ok je ;)



Uni life is too different from matriculation life. Matrik still rasa macam sekolah lagi cuma pakaian je tak macam budak sekolah. Kat sini semua kena sendiri pandai pandai sendiri. Hidup sendiri sendiri. Aku dah la jenis tak confident sangat, jenis malu-malu kucing gak kadang-kadang. Ya ampun harap sangat lepas ni more confident. Meow ;'(  

Last Monday, semua budak degree tahun satu kemain dohhh berebut nak daftar kursus masing-masing. Aku pun join berebut sekali. Jadual aku buat masa sekarang cuma ada kelas Isnin Selasa dengan Rabu je. Bapakkk gila banyak masa free, tak macam matrik dulu kelas dari pagi sampai petang everyday. Pastu bosan dalam bilik sorang-sorang. LOL eh tak tak kami ada roommate, tapi beselah jadual tak sama satgi aku pergi, dia stay, dia stay aku pergi.

Haritu masih blur blur lagi nak naik bas apa pergi fakulti sebab banyak sangat bas sampai keliru. Tapi sekarang dah tau yeayyyy!!! Siap tau sekali bas pergi ktm ukm. Pastu kemain laaaa duk sakan berjalan. Hahahahaha next time boleh keluar berjalan lagi ;)

Semoga teruskan perjuangan. Jangan mudah putus asa. "Kenapa orang lain boleh aku tak boleh" Just do your best !!!

Nanti sambung menaip lagi . . . . .












No comments:

Post a Comment